Tuesday 8 March 2016

Review: Sangkaya



Assalamualaikum and hi readers.

Review kali ini aku nak review sikit pasal Sangkaya. Sangkaya? Apo bondo eh tu? Haha k. Mungkin ada yang pernah cuba dan mungkin ada yang tak pernah tahu atau tak pernah cuba pun. Okay probably dan harapnya review ni dapat lah bantu sikit especially korang yang tak pernah try lagi.

Tadaaa!

Gambar atas tu credit kat owner dia. K, nampak gambar tu? Meleleh air liur? Hihi okay. Tu adalah salah satu menu yang ada kat restoran Sangkaya ni. Sangkaya ni actually a restaurant yang Nuts About Coconuts haha. Dia menyediakan menu yang serba serbi coconut. Fuh coconut shake ada,  air kelapa pun ada kalau tak silap dan aiskrim kelapa pun ada. Macam macam jenis pulak tu. Kalau macam aiskrim tu boleh pilih nak cone, cup atau signature. Contoh aiskrim signature macam kat atas tu. Dia letak aiskrim dalam tempurung kelapa. Bukan tu je, dia siap ada topping yang korang boleh pilih based on aiskrim jenis mana korang beli lah. 

Untuk coconut shake dia pun sedap. Boleh kata akan datang lagi untuk beli lah haha. Harga pulak boleh diterima lah sebab kira berbaloi lah. Serious aiskrim dia sedap :) Aku ada cuba coconut shake dengan aiskrim signature dia dan rasa dia memang sedap tapi kalau aku, aku lagi suka makan aiskrim dia lagi. Besttt!

Jadi, bagi sesiapa yang belum cuba lagi. Moh ler cuba! In syaa Allah sedap, best dan kena dengan jiwa korang hihi :) Yang nuts about coconuts lagi lah kena pergi sebab memang untuk korang menu ni haha. Btw, disebabkan aku takde lah rasa semua menu dia jadi aku bagi markah based on menu yang aku dah cuba je k. Sekian.

Aiskrim Signature : 4.5/5
Coconut Shake : 3.5/5 

3 comments

10 March 2016 at 08:58

Happy belated birthday. May Allah bless :)

11 March 2016 at 01:44

hai happy belated birthday :)

11 March 2016 at 16:53

Farah : Thank you Farah :D

S : Hi, terima kasih :)

Post a Comment