Sunday, 10 September 2017

Latihan Industri


Assalamualaikum and hi readers!

Huu, lama tak update blog. Sebab? Aku busy sikit dengan intern aku sebelum ni dan sekarang sibuk sikit dengan klinikal aku di hospital serta aktiviti final year aku. Doakan aku berjaya lalui semua ni dengan tenang and grad dgn cemerlang in syaa Allah :)

Okay, post kali ni aku saje nak share sikit berkaitan intern aku yang takdelah lama mcm orang lain sebab program yang aku amik ni memang setiap sem ada klinikal mula dari Tahun 2, so tu mungkin salah satu sebab kenapa kitorang buat intern tak lama. Untuk intern aku ni, aku yang buat pilihan dengan persetujuan parents lah. Aku pilih untuk try hospital swasta utk intern aku dan aku pilih utk buat intern berkaitan dgn pengimejan diagnostik (ni yg berkaitan dgn x-ray etc). Kat mana aku buat LI? Hospital dekat area rumah aku je, senang and mudah nak ulang alik.

Awal-awal punya perasaan, yup, memang aku cuak sebab tak pernah ke situ so tak kenal sesiapa pun kat situ. Yang buat aku senang nak selesakan diri kat sini sebab ada sorang radiographer lelaki ni sangat lah friendly and suka sakat so tak awkward bekerja dgn dia. Dia dgn sorang junior radiographer kat sini, umur dorang 3 dan 4 tahun tua dari aku je. So senang nak rapat. Bila dah beberapa minggu kat situ, alhamdulillah semua staf dgn radiographer semua best gila. Semua senang masuk air lah haha, dorang jarang serius haha. Ada yang dah mcm mak aku, kakak aku dan abang aku je :) 

Cuma SV dia je something sikit tapi boleh lah aku tahan utk jangka masa LI aku ni haha. Dia even perangai gitu dgn radiographer kat situ so haha sabar jelah radiographer semua kerja situ. Bila dah minggu last dgn hari last aku kat situ, radiographer lelaki tu pernah kata "Tak best ah lepasni kau takde, takde orang aku nak kacau/buli", ada jugak dia kata "Kau last study bila? Next year kau apply lah kerja sini", haha serius weh, tipu lah kalau aku kata aku tak sedih nak habis LI walaupun aku happy sebab dah selesai. Dorang dah mcm aku kenal lama, serius rindu. Junior radiographer kat situ pun suruh aku apply situ. Kalau ada rezeki why not kan, in syaa Allah.

So, utk awak yang bakal intern tak kisahlah bahagian mana pun, jangan risau utk pergi LI. In syaa Allah korang akan seronok kenal dgn staf dekat tempat intern tu. Bila intern, of course lah kena be prepared utk ditanya atau dinilai k. But, yang aku boleh cakap sini, enjoy your intern life sbb mana tahu situlah tempat korang kerja nanti. Kalau tak pun, serap segala ilmu dan skills staf kat tempat intern korang utk preparation nak kerja nanti. 

Sorry kalau post ni tak details sangat ke eh. Kalau ada nak tahu apa-apa atau ada soalan nak tanya, boleh komen kat post ni k. Till we meet again reader! :)

Wednesday, 21 June 2017

Review : Innisfree No Sebum Mineral Powder


Assalamualaikum readers.

Yeay harini aku rasa nak kongsi and review apa yang aku beli dan guna akhir-akhir ni. Mana tahu berguna untuk korang jugak kan :) Meh baca hihi

Few days ago, aku ada beli something from Hermo. Yeah, one of it is Innisfree No Sebum Mineral Powder. I know that most of you dah tahu mengenai this cute thing right. Tapi apa kegunaan no sebum mineral powder ni kan?

INNISFREE NO SEBUM MINERAL POWDER


1. Sebum control powder that allows for non-greasy, downy baby skin. 
Sebum absorption powder and mineral sebum control powder absorb excess sebum for a bright, downy skin as if presently putting on makeup. 

2. Jeju natural minerals and mint for refreshing control of oil and moisture 
Sebum absorption powder with Jeju natural minerals and mint restores an unhealthy balance of oil and moisture, leaving a refreshing finish. 


3. Absorbing excess sebum and oil for downy makeup and an even skin tone 
Absorbs excess sebum and oil to prevent makeup from becoming patchy, while correcting dull skin tone to keep the skin bright and radiant all day.


Okay, so macam mana pulak nak guna?

CARA PENGGUNAAN
In the last stage of your daily skincare routine or makeup, use powder puff to gently apply onto entire face or sebum concentrated areas

Haa gituuuu. Ada faham? :) Kiranya, bedak ni untuk kawal minyak dekat muka sebab tu nama dia 'no sebum mineral powder'. Dia nak kawal sebum kat muka korang tu. Takde lah berkilat je bila keluar rumah ye idok?

Setakat yang aku dah guna, seriously aku cakap memang tak berkilat seh muka. Even keluar seharian pun, muka tetap maintain kering. Dia bukan kering yang mengelupas tu tau, dia kering yang menunjukkan kurangnya minyak kat muka. Even berpeluh, just lap sikit lepastu okay dah. And now, my mom pun guna. Katanya best bila dia pakai pergi kerja since seharian kat tempat kerja tapi muka maintain tak macam sebelum ni :) So, korang semua should try this kalau muka jenis berminyak atau cepat berpeluh/berminyak hokey. Aku beli ni dekat Hermo, harga dekat Hermo dalam RM19, saiz dia comel je. Mudah untuk bawak pergi mana-mana.





Tengok saiz dia atas tu, kecil je. So, untuk sesiapa yang nak dapatkan produk ni bolehlah cari kat Innisfree atau mana-mana store yang ada jual lah. Tapi nak murah, aku prefer Hermo. This review is not sponsored. Thank you readers. Anything, just comment down below :)
For this product, I give 4.5/5